Hari ni dah 1 Jun..tapi kenangan Mei tetap takkan aku lupakan...
teringat cerita 9 tahun lepas, arwah Ayah penah cakap seminggu sblm dia meninggal on 13 Mei..."na, bulan 5 ni banyak tarikh bersejarah yang kita kena ingat, tak lama lagi ada lagi tarikh yang kita kena ingat"...masa tu 13 Mei...aku dengar tanpa rasa apa2 kelainan..rupanya 9 hari lepas tu arwah ayah meninggal..mungkin itulah yang arwah nak sampaikan...
masa aku jaga mak kat hospital hrtu arwah Mak ada cakap..."na, arwah Ayah hrtu meninggal 22/5, umur dia 59 tahun"...aku fikir mak hanya nak mengingatkan anak dia supaya tak lupa bahawa arwah Ayah telah lama kembali ke sisiNya..rupanya ada maksud tersirat, bila mana mak juga meninggal pada bulan 5 pada umur 59 tahun..mungkin suratan & kebetulan..tapi semuanya telah ditentukan olehnya...aku terima Qada' & Qadar Allah....
Tarikh Yang sentiasa ku kenang:
1 Mei 1998 --> Kak Njang kahwin
3 Mei 2005 -->Arwah Wan kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah
13 Mei 2000--> Haziq anak Along lahir ke dunia
16 Mei (x ingat ms tu aku darjah bape)-->Arwah Aki kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah
18 Mei 2006 --> Arwah Mak tersayang kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah
22 Mei 1997 --> Arwah Ayah tersayang kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah
26 Mei 1997 --> Izuan anak Kak De lahir ke dunia
tarikh-tarikh lain:
Mother's Day
Teacher's Day
Birthday Zila
Birthday Muna
Birthday Yusry
Birthday Deq Ja
Birthday Azza
Anniversary Abg Latip
Peristiwa Berdarah 13 Mei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment