Aidilfitri tahun ni kali ke 2 aku menyambut sebagai mak yong..hehe so xleh nak bergaya lebih..cukup dengan baju kurung pahang & jubah...yg penting sopan kata hubby..seperti dirancang cuti raya yg panjang dipenuhi dengan aktiviti keluarga..kesimpulannya menyeronokkan..sampaikan ajeem xmo balik kl la..eh silap, ajeem dah bahasakan diri dia Azim..bukan ajeem lg..hehe
perjalanan hari raya cam biasa..balik kg sendiri aku akan jd tuan rumah di rumah pusaka..masak2 makanan raya..ziarah kubur arwah mak ayah..terima tetamu...ziarah saudara mara & dsb...cuma x dapat jumpa kawan2 kat kg..sempat jumpa tina je...umah wan muda pun aku g lewat..selepas balik dr kg hubby selepas balik kg kali ke2..ya ampun wan..janganlah wan kecik ati..kesimpulannya..cuti raya kali ni puas & menyeronokkan..
balik kg sebelah hubby lak..bukan takat cuti raya je..siap pegi Gambang waterpark satu rombongan..aku yg mak yong ni pun leh swimming kat sana..azim sangat happy..budak suka main air tu memang la...pehtu balik pegi lak makan2 ikan bakar kuantan..seronok..lepas hajat aku nak pekena ikan bakar labana..yummy..cumanya plan nak balik melaka je x jd..xpelah lain kali balik melaka lak pekena ikan bakar kat melaka lak..lg best..& yg penting cam biasa, 2x setahun lepak2 ngan pejai & apis kat pot biasa kg awah..b4 tu sempat gak beraya temerloh, g umah zz, mazli & eda...
balik kl lak..cam biasa..hajat untuk jemput kawan2 makan2..InsyaAllah hujung minggu ni..nak wat makan2 sket..actually last week dah buat sket utk opismate lama yg kebanyakannya mmg dah xde kat opis tu & bakal meninggalkan opis tu x lama lg..seronok..aku suka berkumpul ngan kawan2..imbau kenangan lama..semua2 ni buat aku happy & ceria..thanks to kawan2 yg sudi dtg especially thanks to cila yg propose event ni..& event minggu ni InsyaAllah nak jumpa kawan2 jugak..semoga ikatan sentiasa terjalin..InsyaAllah..
kepada semua..sekali lagi diucapkan selamat hari raya Aidilfitri..ampun dan maaf dipinta atas segala khilaf..semoga bertemu lagi di Ramadhan & Aidilfitri yang akan datang..InsyaAllah...
so kat bawah ni aku tepek gambar pagi azim salam ayah..abaikan pemandangan cantik kat belakang tu ya..mak yong x sempat nak kemas rumah..haha
ni la budak noti mintak maaf ngan ayah..hehe..dengan kata lain tgu duit raya..
