Thursday, February 23, 2006

Al-Fatihah.....

Ermm..satu kisah sedih yang aku boleh kongsi bersama..aku tak tau camana aku nak mulakan..tapi aku rasa tragis dan sedih..sebagai orang yang pernah merasa kehilangan insan tersayang dalam hidup..aku dapat menyelami betapa sakitnya apa yg kawan aku rasa saat ni..bahkan lebih sakit dr apa yg pernah aku alami..
Smlm isteri office mate aku meninggal..dalam saat dan debaran menanti hadirnya cahaya mata pertama dorg..dalam 2 minggu lagi..tiba2 isteri die dijemput Allah.."Innalillahhi wainna ilai hiro jiin"..semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin..
Semua ni berlaku sekelip mata je..pagi2 tu aku sampai office kakak tu cerita yg wife member ktorg warded last week..pastu muntah2 & tak selera makan..masa tu dah rasa kesian sebab Allahyarhamah ni tengah sarat menanti hari..tapi dah keluar wad..pastu pagi tu big boss YM kata wife member tu meracau..apa dah jadi!!Wallahualam..then tak tau cite apa coz ktorg ada session ngan user so karang2 lah melawat..tapi aku rasa tak sedap hati nak pegi..bukan apa..aku ni penakut sket..bab org meracau2 ni aku tak kuat smangat kang nak melawat org aku lak yg kena lawat..hehehe..tapi aku lom decide nak pegi ke tak..so dah abis session kami terus pegi lunch..cadang2 nak pegi nengok wife member tu pas lunch..skali pas lunch tu big boss call kata wife member kami tu tak dapat nak selamatkan..masa tu semua senyap..aku sedih sangat2..terus terbayang muka Allahyarhamah..then siap2 solat Zohor terus pergi umah die...
Sampai kat tempat kejadian..aku rasa sedih sangat2 tengok jenazah yang terbujur bersama ngan kandungan..lagi2 tengok sanak saudara, kaum keluarga dan kawan2 yang datang..semua sedih & terkejut..masing2 rasa terkilan sebab baby tak sempat lahir..tapi nak kata apa itulah janji Allah..dah sampai masa dia..
Td masa kat Tanah Perkuburan kami jumpa member & borak2 ngan dia..muka dia sedih sangat2..aku nak nangis tengok..tak sanggup aku tengok mata dia..seharusnya dia kena kuat semangat untuk menempuh hari yang mendatang..bayangkan dalam menanti kelahiran cahaya mata pertama..sekali kematian yang di tempuh..tak sempat pun dia nak nengok muka baby dia..skali dah dijemput Tuhan..baby skali ngan ibu..kalau aku kat tempat die mesti aku trauma...ntahlah..semoga da tabah menghadapi..semoga roh arwah isteri serta anak dia ditempatkan di kalangan org yang beriman..Amin..

"Hidupnya insan..tiada yang abadi menunggu saat panggilan azali..hilanglah nafas tak bergerak lagi Tanah Perkuburan kita bersemadi..Ya Tuhan..Ya Allah..Ya Rahman ampuni kami..Talkin dibaca, ingatan diberi kepada semua yang hidup lagi..jadikan tauladan kesedaran diri kubur yang sempit siksa sekali..Ya Tuhan..Ya Allah..Ya Rahman..ampuni kami"....lagu ni masa ada hayat arwah Ayah aku dia selalu nyanyi..kalau hayati betul2 lirik die sampai habis aku rasa nak menangis....

Monday, February 20, 2006

my dear...

Posted by Picasa

Friday, February 17, 2006

my mother...

“Dan Tuhanmu telah menetapkan janganlah kamu menyembah selain Allah dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa... dan janganlah kami katakan kepada kedua-dua mereka perkataan ‘ah’.” (al-Israk: 23)

erm..aku rindukan mak aku..nak balik kg hari ni..mak aku tak sihat lagi..kesian betul mak aku tu.banyak betul dugaan..dari dulu dialah yang bersusah payah membesarkan ktorg & menanggung makan minum ktorg,pesekolahan ktorg..pasal arwah ayah aku sakit..berat betul dugaan yang mak ngan arwah ayah aku tanggung..tapi dalam pada tu Alhamdulillah aku bersyukur sebab akhirnya anak2 dorg membesar dengan kejayaan..wpun arwah ayah dah takde..aku tetap selalu ingatkan die dan selalu mendoakan die..Al-Fatihah..sebagai seorang anak aku sedar yang tanpa dorg siapalah aku dan adik beradik yang lain..ayah aku baik..baik sangat..tapi tulah dugaan die..aku rela dia pergi kalau mengenangkan kesakitan die yang tak berkesudahan tu..semoga Allah menempatkan roh arwah ayah di sisi orang2 yang beriman..InsyaAllah..
tulah aku sedih bila baca kisah anak2 yg tak tau nak menghargai dan membalas jasa parents dorg ni..aku tak kata aku baik sebaik-baiknya..tapi aku selalu berfikir dan berdoa supaya aku menjadi anak yang solehah..anak yang berbakti kepada ibu..berbakti kepada ayah wpun die dah takde..aku harap Allah sentiasa bukakan pintu hati aku untuk terus berbakti selagi ada hayat aku..tapi kadang2 sebagai anak2 ni..walaupun kita rasa apa yang kita buat tu betul..sebenarnya dalam tak sedar kita dah melukakan hati dorg..aku tak tau la kalau ada org yang tak pernah melukakan hati mak ayah..cuma bezanya cara dan macamana perilaku kita yang melukakan..aku harap mak ayah aku ampunkan dosa2 aku yang sengaja dan tak sengaja aku lakukan pada dorg..aku rasa setakat ni aku tak penah nak membangkan cakap mak aku..membangkang sehingga benar2 melukakan hati dia..
aku selalu terfikir dan aku penah cakap sama maman..aku terkenang macam mana susahnya mak aku cari duit nak menyara aku belajar..masa tu acik kat oversea lagi..aku br nak ambik degree, rina ngan adik sek menengah..bukan sikit duit nak pakai..kalau nak ikutkan bape sangatlah gaji mak aku..campur2 ngan upah mengajar Al-Quran campur duit sayur2..campur duit kebun..klu nak dikirakan mana mak nak dapat duit sedebup nak sara semua anak2..tapi dia tak penah biarkan anak2 dia kering..wpun macam tu aku tak penah rasa takde duit..x penah pun duit aku tinggal rm2 macam orang2 lain..duit aku still cukup sampai hujung bulan dan bulan2 seterusnya mak aku tak penah miss kasi..begitu juga adik2 aku yg lain..betapa mak aku takut anak2 die tak cukup makan..tak cukup pakai..Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi..
dan bila anak2 dah berjaya dan ada yg dah bekerja..ada nampak jalan lain untuk adik2 aku..mak aku pulak sakit..aku tak tau kat mana silapnya..dah jenuh pegi berubat..dah jenuh bawak jumpa doktor..tapi apa penawar die..mak..kuatnya dugaan yang mak kena hadapi..aku harap mak aku akan sentiasa tabah..sebagai anak aku akan sentiasa memberi semangat, dorongan dan bantuan..aku harap semoga mak aku akan sihat seperti sediakala..aku nak mak aku hidup gembira dan ceria di samping anak2 die..aku nak mak aku berehat..aku taknak tengok mak aku bekerja kuat lagi..kalau boleh aku nak bagi mak aku lebih dari apa yang aku dapat..tapi tak mungkin aku boleh..sebab pengorbanan mak aku terlalu besar..dr mak melahirkan hingga sekarang..cukuplah kalau mak aku rasa bahagia dan gembira dengan apa yang aku buat..aku harap aku akan jadi anak mak yang sentiasa disayangi..aku sentiasa harapkan dorongan dan restu mak aku dalam aku menempuh kehidupan di hari2 mendatang..
aku sayang sangat mak aku..i miss u mom..semoga Allah mengembalikan nikmat sihat yang Dia berikan kepada mak aku suatu ketika dulu..Amin..

Wednesday, February 15, 2006

Cite untk Rina....


Erm..lama adik aku yang sorg ni tak online..ada la 2 minggu dah tak chat ngan die...so aku letakkan gambar izuando ngan mi'e bersama bonzer dorg pak cu syukri otai...hahaha...so die boleh baca kisah hidup anak sedara die yg dua org tuh..
Kalau nak tau yg baju biru tu Abang atau nama glamer die izuando dorantes...yg kena peluk tu adik mi'e yg sangatlah nakal nya..tak makan saman punya budak..hehe kat sebelah tu bonzer..anak pak ngah dorg panggil pakcu syukri..hehehe...
Gambar ni masa kenduri cukur jambul baby dayana ngan majlis pertunangan hrtu..dorg ni memang suka posing tak tentu pasal..siap request mintak org ambikkan gambar dorg..dah tu siap perasan ensem laktuh..hahaha hensem kot besar nanti..hensem macam Arwah Aki die...
Aki tu atuk..orang Pahang panggil Aki...
Actually aku pun sebenarnya rindu kat anak2 sedara aku ni..tu yg sibuk dok letak gambar dorg..hehehe nak kata lama tak balik baru je balik..agaknya adik aku yg kat oversea tu lagilah rindunya kan..yelah dulu2 dok kat Bangi 2 minggu sekali balik..paling lama sebulan...ni dah bape lama tak balik...ha 7 bulan seh..sekejap jek dah masuk 7 bulan..sabar ek Rina...mak kata awak dah boleh bok tiket balik tau..nanti boleh la kita raya sama2 ek..kalau sempat leh la langsung sekali...doa2lah murah rezeki..hehehe..
Kaylah..nanti adik aku online aku cite panjang...daaaaaaaaaaaaaaaaa........

Tuesday, February 14, 2006

"once upon a time"

Posted by Picasa

layan blues lagi..hehehe

hehehe lagi2 layan blues...apa la nak jadi...takde apa nak share..cite best pun xde..saje nak masukkan lagu yg aku rasa best..lagu ni aku dengar masa on d way balik kampung hrtu...masing2 yg dengar layan jek...syahdu nya la...sunyi sekejap masa tu...hehehehe bukan satu tau tapi dua...kuikuikui...

Sepi Seorang Perindu
*******************
Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Kau Kunci Cinta Ku Dalam Hati Mu
*******************************
Bila sendirian terbayang wajahmu
Bila kerinduan terasa cintamu
Bilakeresahan inginku dibelai
Sepenuh kasih dan sayang...
Bila ku terluka terseksnya hati
Bila kau tiada kusetia menanti
Pernah kumencuba lupakan dirimu
Tapiku tak daya menanggung rindu
Sukarnya untukku berpisah denganmu
Kau kunci cintaku didalam hatimu
Meronta hatiku menangis kernamu
Kau kunci cintaku didalam hatimu
Sehingga kulemas bila kau tiada di sisiku
Bawalah daku bersama denganmu
Dan janganlah engkau biar kusendiri
Dulu dan kini hingga selamanya
Engkaulah kesayanganku...

pstt..."I will always love you as long as I live...InsyaAllah"...

Friday, February 10, 2006

cinta...

Kata pujangga Hamka, “Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembus kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat"

Ada sesuatau yang boleh aku tafsirkan dari kata pujangga Hamka ni...cinta membangkitkan kekuatan kerana dengan cinta kita akan terus berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna untuk hidup bersama dengan orang yang tercinta..cinta menjadikan kita semakin kuat untuk terus berusaha mendapatkan kebahagiaan dan kesenangan hidup..cinta menjadikan kita kuat untuk mengharungi segala ujian untuk terus mengekalkan keharmonian dan keutuhan cinta yang telah dibina...ya..sememangnya aku akan sentiasa kuat dan bangkit untuk aku pertahankan cinta yang sekian lama aku bina..InsyaAllah..

Cinta bukan mengajar kita menghina diri dan cinta juga jangan dibiarkan diri kita dihina...gagahkan diri dalam bercinta..sekalipun dihina..bangkitkan rasa cinta pada insan yang lebih terbuka menerima..cinta seharusnya ada rasa untuk saling hormat menghormati..jangan kau membenci dan menghina pasanganmu atas kelemahan yang dia ada...tapi jadikanlah dirimu sebagai pemangkin kepadanya untuk memperbaiki kelemahannya..kalau betul dia menyintaimu pasti dia akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepadamu...hehehe..tapi...pastikan diri kita juga akan melakukan yang terbaik pada pasangan..then barulah cinta yang dibina akan saling melengkapi..betul tak..jangan kita harapkan yang terbaik dari pasangan tapi kita tak pernah berusaha untuk jadi yang terbaik buatnya..so fikir2kanlah..

Cinta membangkitkan semangat..erm..semangat untuk terus hidup..hari2 nak nengok cinta ada di depan mata..kalaupun jauh..hati akan tetap bersemangat untuk menunggu hari esok untuk memandang cinta di depan mata...hadirlah kau di depan mataku..hehehe tak pandai nak ulas...tapi kalau orang tercinta ada depan mata memang sure semangat aku nak buat keja...

InsyaAllah kalau kita berjaya dapat cinta sejati dan cinta pada jalan yang lurus dan diredhai kata2 Hamka ni memang betul..erm lagi satu..hrtu Ustazah kat Al-Kuliah tu ada cakap cinta yang sejati seharusnya ada kesemua ciri2 ni..."Seronok..berakhlak..hormat menghormati..berkongsi perasaan dan rindu untuk bertemu..."So..check it out..ada ke???hahahahahaha...tepuk dada tanya hati..kalau xde cari ganti yg mengerti..hehehe

this phrase I dedicate to the person who love me most...

"you've been my inspiration..through the lies there were the truth...my world ia a better place..because of you dear...thanks for loving me..."