Monday, July 31, 2006
surat cintaku...
aku fwd sms aku tu kat maman...maman pun musykil...dia kata takpe...nanti dia settlekan...hehe mekasih maman...tolong bayar sekali ek..hahaha
erm...last week balik lagi...settlekan banyak benda...Alhamdulillah semua settle...tapi parah...sakit kepala...serabut kepala semua...terkejar sana sini...tapi takpelah...
hm...takde cite yg boleh share...bosan...aku wat keje tapi apa yang aku buat hilang lak...tak sempat nak save..argh!! tension....layan blog jap...
hm..hrni pakai baju arwah mak...aku je yang leh pakai baju arwah...sama size..yang lain semua takleh..banyak la koleksi baju kurung aku....Alhamdulillah, peninggalan mak untuk aku...smalam aku bawak balik kain batik arwah selai...lately ni rindu sangat..pejam celik dah hampir 100 hr arwah pegi...rindu yang teramat sangat...xtau nak habaq lagu mana...
smalam lalu depan Hospital Temerloh...sebak hati hanya Allah yang tau..banjir jap...and the memories remain...i miss u so much...semoga Allah merahmati kedua ibu bapaku...
.....................................
Friday, July 28, 2006
dan semua itu....
Lately ni rasa penat sangat..weekdays penat ngan keje...wpun keje aku duduk & tak banyak jalan tapi penat gak..penat otak...hahaha...ke aku yg kurang stamina...sikit2 nak penat...erm, kalau weekend lak penat ngan aktiviti hujung minggu lak..ke sana sini...semua benda nak kena buat sendiri...nak buat camana..sape lagi yang aku nak harapkan...xkan nak susahkan org lain untuk urusan aku...so aku kena pandai2 & tahu diri dalam menjalani kehidupan...semua kena arrange & lakukan sendiri...bila aku perlukan pandangan je aku akan tanya family...mujur aku juga punya "dia" yang sentiasa menyokong dan memberi semangat pada aku...ke mana saja dia sudi menemani aku...thanks to him...terlalu banyak dorongan, semangat dan bantuan yang telah dihulurkan selama mana aku mengenalinya...dia sentiasa hadir di saat susah dan senang...itu lah yang membuatkan arwah mak rela lepaskan anak dia ni kot..
Hm..dalam penat2 & terkejar2 ni ingatan aku x penah lupakan arwah mak ngan ayah...last 2 days aku mimpikan mak ngan ayah...suka...jumpa dalam mimpi..org kata mimpi mainan tdo...mungkin sebab aku terlalu rindukan mereka..hati sentiasa terkenang...semoga mereka aman di sana...td pagi rina call...dia kata dia dah pegi kubur arwah...kesian adik aku...hrtu dia cakap ngan aku..."tak sangka balik2 dapat tengok kubur mak je..rasa macam mimpi semua ni"...sedihnya aku tengok muka dia...itulah ketentuannya...
teringat satu baris nasyid.."umur ini tertentu..x dapat di sambung..itu iradat Tuhan..dialah yang menentukan"...Macam dalam kes arwah mak ni...aku dapat rasakan yang semangat dia yang untuk meneruskan sisa-sisa hidup adalah kerana 2 benda..sebab 2 benda itulah yang selalu di sebut2 sepanjang aku menjaga dia kat hospital...dia rasa dia kuat untuk melihat semuanya menjadi kenyataan suatu hari nanti...tapi apakan daya..Allah terlebih dahulu menjemputnya dan kami redha dengan ketentuanNya...semoga tenang mereka di sana..Amin..& kami sebagai anak akan sentiasa memelihara segala amanah dan pesanan mereka...InsyaAllah...
hm...weekend ni nak balik...semalam ada member aku cakap...dia pun nak balik..bestnya balik dia kata...nanti mak dia masak makanan yg best2 untuk dia...& aku terkenang segalanya...kalau dulu balik aku disambut dengan senyuman tapi sekarang hanya kenangan yang tinggal...takpelah..hidup x selalunya indah..yang indah adalah kenangan....ada satu lirik yang aku nak share yg boleh menyentuh kalbu aku...
Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Tiada lagi lalang memanjang
Air mawar kami siramkan
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Monday, July 24, 2006
Sajak Kelahiran
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi
dan silih pergantian malam dan siang
Terdapat tanda-tanda bagi orang2 yang berakal
Iaitu mereka2 yg mengingati Allah
Sambil berdiri dan duduk
Dan dalam keadaan berbaring
Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
Seraya berkata
“Ya Tuhan kami…tidaklah engkau menciptakan ini dengan sia2
Maka peliharalah kami dari siksaan api neraka”
Dari aku segumpal darah yg bernama Alaqah
Dari aku segumpal daging yg bernama Murdrah
Dikumpulkan kami di dalam rahim ibu
Kemudian diutuskan Malaikat kepadamu
Lalu ditiupkan Roh ke dalam jasadmu
Wahai Malaikat tulis...
Tulis...rezekinya, ajalnya dan amalannya
Apakan hujung hayatnya mati usul khotimah
Apakah hujung hayatnya mati suul khotimah
jaraknya dengan amalanmu yg baik
Sesengguhnya neraka itu sehasta sahaja
jaraknya dengan amalanmu yang jahat
“Tuhanku aku bukanlah layak untuk syurgamu
Tetapi aku tidak pula kuat menanggung siksa nerakamu
Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku
Ampunkan dosaku”
Kemudian lahirlah makluk ini
Kemudian lahirlah Hamba Allah ini
Kemudian lahirlah Khalifah Allah di muka bumi ini
Kemudian lahirlah aku makluk Allah yang bernama manusia
"Kenapa engkau menangis anak?"
Demikian tiap manusia yang dilahirkan
Tidak terlepas dari kutukan syaitan terkutuk
Demikian manusia kembali kepada Allah bersama tangisan
Thursday, July 20, 2006
cerita tentang dia....
susah nak elaborate...kata pendita cinta...kalau sayang xde alasan dan sebab yg specific untuk rasa itu...sayang dengan sepenuh hati...
hm...tapi untuk memilih seseorang menjadi teman hidup dah tentu la kena ada criteria yang menepati citarasa...aku still ingat pesan mak..."kita ni org pompuan jangan terlalu mengharap dan terlalu memilih kasih sayang...carilah pasangan yang lebih mengasihi kita daripada kita yang lebih megasihi pasangan"...mungkin ada maksud di sebalik pesanan tu...& aku akan sentiasa ingat...dan sentiasa berharap bahawa dia akan sentiasa mengasihi & menyayangi aku...
camana ek...dia...terima kasih atas dorongan dan perhatian yang diberi...terima kasih atas segala tunjuk ajar...terima kasih untuk segalanya...hm....kalau arwah mak boleh tersangkut camana la anak mak nak kata lagi...susah senang bersama...miskin kaya bersama...wah melangit aku puji...tapi itulah dia...segalanya dia..ke mana dia...apapun dia...siapa lagi yang aku ada selain keluarga tersayang & dia...dia yang sentiasa menyokongku...dia yang sentiasa menegur silapku...dia yang membetulkan jalanku...dia yang terlalu memahami aku..terima kasih sekali lagi untuk dia....
hm...cuma aku sangat terkilan sebab x dapat tunaikan hasrat arwah mak untuk melihat aku bersama dia...hancur luluh hati aku...akan kutunaikan jua harapan itu...berkat restu dari mak dan keluarga...InsyaAllah kan tercapai hajat dan harapan...semoga jalan ku dipermudahkan dan diredhaiNya..Amin...
Wednesday, July 19, 2006
The way of Love....
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key
Honey, nectar, sweetness and cream
Orchids blooming by a mountain stream
Starlit skies and waves on the sand
Next to love they can't stand
Next to this love they cannot stand
Yaa Robii yaa sarii'ar ridho irham man ro-su maalihir-rojaa
Wa thina maa qod sa-alnaa bi liqoo-i khoiril anaami,
Yaa khoiral a'anaami
The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key
Yaa man-ismuhu dawa wa dzikruhu syifaa-un lana
Robbiy faj'al mujtama'na ghoyatuhu husnul khitami
Bihusnul khitami
How can I find a way to express
Something that cannot be thought or guessed
Something more than just words
This love is neither seen nor heard
This love is neither seen nor heard
Love is the rope Given by Allah
It will save you from over flaw
Grasp it then He will draw you near
Monday, July 17, 2006
a long journey.......
khamis & jumaat cuti...pi nilai cr barang2 kenduri..cari baju tema majlis..aku ker...adus..duit tarak mujur kak nurul sponsor sket...kak idah borong barang keperluan rumah..seperti apa yg arwah pesan...hm...aku...beli baju cantikk...hm, cantik ke...InsyaAllah cantik...aku bukan jenis suka pakai pakaian lip lap cam org lain...asalkan sedap mata memandang & tak menyakitkan mata org lain udah....
settle kat nilai semua...pastu ambik rina kat KLIA...tupun acik dah call dr KLIA dia dah sampi..ktorg dok tengah bayar langsir..hehehe sampai KL tunggu dalam sejam rina kuar...mujur x banjir teruk KLIA...bangga dengan diri sendiri...tahan airmata wpun dalam hati hanya Allah yang tau...
panas...cuaca terik..musim dorian...makan macam2 tak hengat..balik kg habis bibir kering..sakit mata...macam2 la...sabtu hrtu dorg pi mandi sungai..jelous aku xleh ikut sebab pegi lipis ngan cu..cari barang lagi...calling my partner..confirm booked...selamat satu benda..kira2 bajet...adus..susahnya jadi anak yatim piatu...tapi xper..dugaan...semoga semuanya berjalan lancar..InsyaAllah...
hm...macam mana ni..susah hati...suka...sedih...gembira semua bercampur aduk...ingat semua pesanan arwah...mampukah aku...mampukah kami...InsyaAllah...perjalanan itu masih jauh dan amat panjang..semoga ianya diberkati dan diredhaiNya...berkat restu & pilihan hati arwah mak...I love u mom....miss u too....
Wednesday, July 12, 2006
Lagu Untuk Ibu......
Lagu Untuk Ibu
Seorang WanitaMenggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah
Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Ke alam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini
Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa
Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya
---tinggal kenangan
Friday, July 07, 2006
Hadapi dengan senyuman...
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi...
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua...kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah...
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
--no mood...tak tau apa rasa semua ni...hati mendung..seperti mendungnya cuaca pagi ni...semuanya kan baik-baik belaka...InsyaAllah...
Thursday, July 06, 2006
kebetulan & usaha..persediaan??
dalam hidup..apa yang kita nak dan kecapi kita harus mencari jalan & berusaha untuk mendapatkannya..cara mana untuk kita capai terpulang pada diri sendiri...selagi mana kita tidak melanggar undang2 dan hukum yang telah ditetapkan..dengan kata lain..capailah apa yang dikehendaki dengan jalan yang betul..InsyaAllah apa yang kita inginkan akan diredhaiNya...
sebagai seorang manusia kita berhak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik...dan kehidupan itu bukan sahaja kehidupan di dunia..Akhirat itulah yang utama...berusahalah untuk menjadi hambaNya yang diredhai..
memohon rahmat dan keampunan dari Ilahi..memohon perlindungan..mohon dikurniakan rezeki yang halal..memohon supaya sentiasa diberikan kebahagiaan hidup di dunia dah akhirat..mintalah sebanyak mana yang kita mahu..semoga jalan yang kita pilih dan ingini sentiasa diredhaiNya...Amin...
Wednesday, July 05, 2006
hm...
...rindu yang tak akan padam...
borak ngan rina...hrni last paper dia..dah abis oral dengan jayanya kata dia...aku sentiasa mendoakan adik aku semoga berjaya...penuhi hasrat dan impian arwah mak..wpun dia dah takde..aku dah berjaya penuhi hasrat arwah ayah wpun dia dah takde..Alhamdulillah...semoga mereka aman di sana..Amin..Al-Fatihah..
Monday, July 03, 2006
balik kampung...
pagi2 cam biasa pegi ziarah pusara arwah...tahlil kat kubur mak pastu sorg2 jiruskan air tahlil untuk ayah ngan mak...anak2 sedara aku kutip bunga kat kubur arwah ayah..then dorg taburkan kat kubur mak..selamba kak nurul kata ayah kasi bunga kat mak..pastu anak sedara aku kutip banyak2 bunga tu..ramai2 pakat tabur...sambil cakap "wan..ni ktorg hanto bunga aki kasi kat wan"..aduh sedihnya aku rasa...sebenarnya hati ini rindu...rindu sangat rasanya...
hm...penat kenduri kali ni...maybe sebab aku x bape sihat kot...ntahlah..jumpa org yg datang umah aku semua tegur kata aku tembam...adus..kena diet la ni...makcik2 tu sound aku.."yelah org senang hati ek"...aku senyum je...tapi dalam hati aku cakap.."rahsia hati x sape yg tau makcik"....hahaha aku suka tiru ayat novel...mak aku selalu bebel2 masa dulu..dapat novel x ingat kerja lain..lekat la nama aku "hantu novel"...
erm...hrni agak stress...penat lak rasanya..smalam balik jam..dahtu bakul toiletteries tertinggal lak, tension tol..sampai bentong baru pasan..nak patah balik x berbaloi lak...dah la semua benda ada dalam tu...nak tunggu balik 2 minggu lagi..nak taknak sampai kj kena beli..adoii, pelupa betul..mamai pun ye gak...penatnya.........
