Friday, August 25, 2006
doa seorang anak...
hari ni 25/8/06 pada tarikh kelahiran arwah ayah 68 tahun lepas...genap 100 hari arwah mak kembali ke Rahmatullah...doa ku panjatkan semoga mereka aman dan tenang di sana...di kurniakan nikmat Syurga dan dikasihiNya....
sedih hati...semua ni satu kebetulan yang nyata....semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik atas didikan dan bimbingan mereka kepada aku, keluarga dan masyarakat....
Ya..Allah, Kau lindungilah mereka....redhai mereka...limpahkan kasih sayangMu kepada mereka...kau kurniakanlah sebaik nikmat kepada mereka....
Amin...

Wednesday, August 23, 2006
Alhamdulillah..syukur
Hari ini aku amat bersyukur kehadratNya...kerana masih memberikan aku bernafas di muka bumi ini..hari ini aku amat bersyukur kehadratNya...kerana masih membenarkan aku melihat dan menikmati segala apa yang ada di muka bumiNya...hari ini aku amat bersyukur kehadratNya untuk segalanya...dan aku amat bersyukur untuk2 tiap2 hari yang Dia kurniakan kepadaku..sesungguhnya hanya Dia yang berhak ke atas sesuatu....
Padanya ku bermohon agar aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...di kurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat..InsyaAllah....
Padanya ku bermohon agar aku dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki...di kurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat..InsyaAllah....
Tuesday, August 22, 2006
Iradat Tuhan
Umur ini tertentu
Tak dapat disambung
Kita hanya menunggu
Saat-saat berkabung
Tiada terkecuali
Sama-sama menanti
Sebelum tiba masanya
Kita kembali padaNya
Eloklah bersedia
Cari bekal dijalan
Agar kita nantiNya
Tidak ada penyesalan
Jangan kita menduga
Hidup ini abadi
Tiada seorang juga
Yang tidak akan pergi
Itu iradat Tuhan
Dia yang menentukan
Itu iradat Tuhan
Dialah yang menentukan
Tak dapat disambung
Kita hanya menunggu
Saat-saat berkabung
Tiada terkecuali
Sama-sama menanti
Sebelum tiba masanya
Kita kembali padaNya
Eloklah bersedia
Cari bekal dijalan
Agar kita nantiNya
Tidak ada penyesalan
Jangan kita menduga
Hidup ini abadi
Tiada seorang juga
Yang tidak akan pergi
Itu iradat Tuhan
Dia yang menentukan
Itu iradat Tuhan
Dialah yang menentukan
Monday, August 21, 2006
Renungan ku....
petikan dari e-bharian: http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20060820231141/Article/
BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah. Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat, atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak-anak? Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu, sakit di hati yang susah mengubatinya.
Pakar motivasi menyatakan: "Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda". Manakala hadis Rasulullah SAW memberi petua lagi bernas, sabdanya: "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." (Hadis riwayat Imam Muslim).
Semua baik, baik dan baik. Apa yang Allah pilih untuk kita adalah baik. Bila sakit ubatnya adalah senyum dan reda. Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil? Ibnu Mas'ud apabila ditanya: "Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?" Beliau menjawab: "Bukankah Allah telah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?"
Orang banyak mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana ia berada di dunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik, kurang sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna. Selami dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat reda.
Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah SWT lebih mengetahui apa yang 'sesuai' untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci dari cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.
Sebagai manusia biasa ada kalanya kita �tidak terima� dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya �terkejut� di puncaknya, kemudian surut dengan perasaan reda atas ketentuan-Nya. Firman Allah bermaksud: "Allah pun reda ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya." (Surah al-Bayyinah, ayat 8)
Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu, iaitu pertama adalah ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat yang paling berharga.
Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan reda ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita reda sebab sayang.
Tetapi mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari ketika ia sihat. Kalau rugi semua orang di amuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini. Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat reda.
Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tapi bukan bahagia yang 'diam' dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu cepat. Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah reda. Cukup senang formulanya tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.
Tanda reda ada tiga. Pertama adalah kata yang baik ketika menerima ujian Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun (Kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami akan dikembalikan). Bukan sumpah seranah dan maki hamun rasa tak puas hati.
Kedua, ketika susah ingatlah dengan nikmat Allah yang banyak. Di situ anda akan berasa beruntung dengan apa yang ada pada diri.
Ketiga, ikhtiar jangan berhenti. Reda bukan bermakna menerima tanpa usaha. Itu adalah putus asa dan pesimis namanya. Tapi reda adalah semangat yang membangkitkan hati yang sedih, yang menajamkan akal fikiran, menguatkan hentakan kaki dan membuahkan idea yang bernas untuk berjaya. Jadilah orang yang bahagia dengan kekuatan yang tersimpan dalam mustika yang bernama reda kepada Allah.
Thursday, August 17, 2006
mendung di hati...
apa yang mengusik hati aku hrni...apa yang membuatkan hati begitu sayu...ntahlah...sukar untuk digambarkan oleh mata yang melihat...sarat perasaan merasa hanya sendiri yang tau...
bangun pagi...hati terkenangkan kasih sayang arwah..genap 92 hari mak pergi..cepat sungguh masa berlalu..terbayang saat kami bersama...suka duka..semua berputar bagai roda..aku mohon kepadaNya...lindungi mereka...limpahi mereka dengan kasih sayang...tempatkan mereka bersama kekasihMu..hanya itu yang mampu ku berikan..kasih sayang yang tak boleh digapai...hanya doa dan harapan memenuhi ruang hati..aku sentiasa lemas dalam perasaan sendiri bila saat aku terkenang dan terlalu merindui mereka...temukanlah aku kepada mereka walau hanya dalam mimpi...itulah yang aku harapkan setiap kali sebelum tidur...
apa yang aku fikir..apa yang aku kenang...semuanya hanya bayangan silam dan kenangan yang takkan padam...hingga hancur jasad di mamah bumi...aku sentiasa mengenangnya..terfikir bagaimana untuk aku lalui masa yang mendatang tanpa mereka...puas aku bermain dengan emosi...tabahlah wahai hati...tenangkanlah gelodak jiwa yang sarat dengan perasaan rindu ini....
coretan seorang anak yang sentiasa merindu...

Monday, August 14, 2006
macam-macam cite...
hm....jumaat sampai ahad...macam2 hal..benda yg dirancang tak menjadi..benda yg tak dirancang lak yg menjadik...hehe hantam sajalah labu......
jumaat tu junior aku bayo hutang kat aku...Alhamdulillah wpun setahun dah benda tu at least dia ingat lagi nak bayo...wpun baru bayo separuh at least dia ada inisiatif & usahakan untuk bayo..tq tq..& sememangnya aku tengah krisis kewangan skang ni...tinggal beberapa org lagi hamba Allah yang tak bayo hutang kat aku...aku x tau la memang tak ingat ke...xde duit nak bayo ke or buat2 tak ingat...bagi aku pinjam tetap pinjam & hutang tetap hutang...kalau mereka org yg bertanggungjawab mereka seharusnya malu & sedar bahawa mereka harus bayar apa yg mereka telah gunakan...lagi2 aku ni anak yatim piatu...hehehe pasni pegang kata2 arwah mak...jangan baik sangat nak kasi org pinjam duit banyak2...hehe InsyaAllah..
Sabtu plan nak pi satu tempat tu...skali..."ic photostat 2 keping ye..untuk kedua2nya"...hm okay...aku fill up form & tunggu dia pi fotostat ic..skali dia balik ngan muka serabut...ada lak tanya aku ada simpankan ic dia ke tak...aku wat muka blurr...kesian pun ada...atlast ktorg decide pegi next time...balik cr kat keta kot2 cicir...singgah umah dia cr kot ada kat umah...pastu pegi opis dia...hm...sah, maksudnya 2 bulan ulang alik pi keja..balik kg dia drive tanpa ic & lesen ori..ish apa nak jadi la....boleh lak tinggalkan ic kat kedai fotostat selama 2 bulan...mujur tokey tu simpankan...siap cakap i love u lagi kat tokey kedai...tergelak aku nengok gelagat dia...
hm...pastu ajak maman pi service keta kat shah alam...biasalah nak pi servis kena ajak escot...& maman cam biasa available...mekasih maman...u're the best...dah servis baru balik umah...penat lak weekend ni...Alhamdulillah settle keja...
ahad lepak dok umah je...petang baru kuar...jalan2 kat OU...aku mamai...leh pakai sliper sebelah lain...dia gelakkan aku...cis...aku jalan selamba ajak dia naik atas kat parking pi tukar sliper..sah aku tersarung sliper lain2 masa nak kuar keta...memang ada 2 sliper kat keta...hehe..siott jek...hm belek2 barang yg perlu dibeli lagi...awl bulan hrtu dah beli kat sogo...separuh lagi nak kena beli...kira2 bajet...hm....teringat kak ijah cakap..."awk ni boros"...hehe takpe kak bukan selalu sekali seumur hidup..mesti la nak yang terbaik...InsyaAllah...
hm...hati ni teringat kat arwah...boleh aku call umah..."mak buat apa, akak nak cakap ngan mak jap"...terkedu adik aku..aku pun terkedu jap...hm....borak2 ngan nenek...sedih lak...dia x sihat tapi aku xleh nak balik...tunggu gaji la nampaknya balik...nenek kata next 2 week nak buat kenduri arwah mak...hm, yelah dah seratus hari masa tu...InsyaAllah kalau xde aral aku balik...
dr petang sabtu badan aku bintik2...chick pox ke?ruam ke? adus la...habislah aku kalau kena..sure tinggal parut...camana neh????

Friday, August 11, 2006
.....................
"When you REALLY want something, sometimes you have to swim a little deeper....You can't give up just because things don't come easy...You have to overcome the obstacles and face your fears...But in the end, it's all worth while! Life is full of ups and downs, but if you believe in yourself you will always come through with flying colors. Value friendship, love, and faith. Never underestimate yourself. If you follow this advice you can never go wrong!"
Look !nto My Eyes And Read My M!nd....F!nd YourSelf And Be YourSelf ( I'll Be Searching For You.... )
Suhaimi @ LordRaptor @ Anakin Skywalker
Thursday, August 10, 2006
dan lagi..dan lagi..dan lagi....
hm...what to say...segalanya seperti yang diimpikan dan dirancang...Alhamdulillah...semoga mendapat keberkatan...keredhaan dan kebahagiaan yang berpanjangan..InsyaAllah...
macam2...semuanya tanpa di duga dan semua itu telah terjadi...pagi2 kak njang dah call...still sama ngan isu semalam...hm...aku pun xtau nak cakap masalah tu....ntahlah....yang aku pasti..kalau mak ada, semua benda ni mungkin akan lebih baik...tapi..........kami harus menanganinya sendiri dengan bijak dan tanpa melukakan hati sesiapa...semoga adik2ku tabah & sabar dalam mengatasinya....
hidup penuh dengan dugaan...dugaan adalah rencah kehidupan...aku telah belajar dan diajar untuk mengatasi segalanya dengan cara tersendiri...mungkin kerana cara arwah mak yang telah mendidik aku supaya berdikari dalam hidup...kata makcik...kami anak Yatim yang dididik untuk membela diri sendiri...betulkah...tapi sekarang...kami anak Yatim Piatu yang terdidik untuk membela diri sendiri...hanya kepada keluarga tempat mengadu & berbincang....tanpa ibu dan tanpa ayah....aku & keluarga x pernah mengeluh akan semuanya...kata Along...kita terima segalanya dengan hati terbuka dan redha....jangan lupa kekalkan kebaikan, amalan dan tunjuk ajar yang telah ditanamkan dalam diri...ingat asal usul keluarga...hm, InsyaAllah along....
aku...gembira dan rasa bersyukur dengan apa yang aku kecapi...untuk mencapai hingga ke tahap ini penuh dengan tekanan & dugaan...dr dulu hingga sekarang, namun aku tetap menghargainya...terima kasih segalanya...

Wednesday, August 09, 2006
aduh la demo weiii...
hm..apa da........aku elok2 dah sihat sakit kepala semula...fenin itu bau...damn la...itu olang talak tau baca ka...dalam ini bilik mana boleh merokok...bilik air cond ma.......
tahankan hati...wat protes secara halus...hahaha... jaga kau...
tahankan hati...wat protes secara halus...hahaha... jaga kau...
Tuesday, August 08, 2006
panas...panas dan panas
smalam pi kuar duit...nak cepat pilih je terus amount yg ada kat screen...pastu...mintak banyak ni kuar banyak ni...damn...tengok penyata dia potong ikut jumlah yg aku mintak...huh..try kuarkan lagi sebanyak amount td...dapat lak extra 50 dr apa yg aku mintak...tapi yg xtra tu...koyak lak...huh...cuba lagi kuar..baru dapat exact amount...tapi bank tu dah deduct lebih....jumpa guard & guard tu soh aku wat report esok pagi..
so pg td mintak time off nak settlekan hal ni...erm...duit koyak bankk tu ambik...yg short tu dorg akan investigate & x tau bila akan di kreditkan balik dlm akaun aku...hm..apa neh...mujur ada lagi balance utk belanja...
td pg kerani dia call kata yg dorg akan investigate kes ni...aku jawab ok...pastu lak td sat officer lak call..."apa yg you buat semalam?"...what do you mean with "apa yg you buat smalam?" can u explain it to me.......aku memang tengah panas & jangan nak panaskan aku...xplain...xplain....dan xplain....dia jawab bla bla bla...& last word...kita still akan investigate benda ni...damn la...kalau camtu baik takyah report..rugi masa aku...dah la duit aku korg deduct...apa punya bank la...
malas nak pkir...hati panas..ada rezeki aku duit tu dtg balik...sama macam aku hilangkan dui dalam bas...100 hengget hilang..sape dapat tu rezeki dia la...nak buat camana...hehehe
hrni panas sangat sampai sakit kepala aku...nak wat keje banyak...tapi hati sakit....

Monday, August 07, 2006
aku ngantuks.........
hm..tgh meeting ni..tp mata macam ada gam...ngantuk tol la bijik mata ni...huh, bazir masa tol la.....apa la dia bebel...borings...meh aku type entry...hahahaha
penatnya..x cukup tdo...dahtu weekend punya schedule pack..nak buat camana..aku relakan je asal apa yg harus dicari dapat..& Ahamdulillah akhirnya jumpa apa yg diperlukan...setelah penat mencari...
kak nurul call...tanya bila nak balik...ela call mintak hadiah microwave...argh gila....

Thursday, August 03, 2006
Di pintumu...
Kekasih ku melutut di pintumu
Tak daya menantinya hingga terbuka
Ku ingin melihatmu kali terakhir
Dan mendengar kata sanubarimu
Biarpun pahit ku telan jua
Kebenaran
Meneruskan hidup di awang-awangan
Aku tak sanggup melihatmu dimiliki insane lain
Sedang hatimu hanya padaku
Jika ia hanya padaku
Melukakan orang yang kita cinta
Oh mengapa
Kali terakhir ini
Hanyalah sekali ini
Katakanlah..
Kau tak menyintai diriku
Berenang dalam lautan kepura-puraan
Aku tak sanggup
Melihatmu dimiliki insan lain
Sedang hatimu hanya padaku
Ianya hanya padaku
melukakan orang yang kita cinta
Oh mengapa
Kali terakhir ini
hanyalah sekali ini
Katakanlah...
kau tak menyintai diriku
Wednesday, August 02, 2006
selamat datang August yang dinanti...
Pejam celik hrni dah 2 Aug 2006..cepat benar masa berlalu...bulan August adalah bulan kelahiran...Happy Birthday untuk semua yang lahir pada bulan August...semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu... hm...kalau arwah ayah ada...umur arwah cecah 68 tahun ni...tapi umur arwah tak panjang...semoga segalanya sentiasa dia dalam lindunganNya
All the best......
All the best......
Tuesday, August 01, 2006
waktu untuk mengular..hahaha
hm...keje banyak tapi xde mood..maybe sebab perut kosong..hobi baru aku...mengular..haha best tau..td pi main campus...adus, tercabar gak kemahiran bukit aku...aku horror gila ngan bukit...tapi sebab dah terpaksa nak wat camana...pastu dahlah bukit, sempit...huwaaaaa...jahat la...masuk lak jalan mati...ada 2 choice untuk keluar..reverse sampai jumpa jalan lain atau try pusing sket2...dahlah dekat ngan tong sampah besar...sabar jelah...pusing punya pusing...atlast berjaya gak aku kuar...wpun dah biasa masuk ruang yg sempit...tp bila dah pressure tau2 jelah..balik sampai INTEC balik...nengok2 ada satu parut..hm aku agak dah sebab ada bunyi gesel...mujur tak teruk sangat..segaris pendek je...hehe biasalah saya budak baru belajar..haha dah setahun pun leh calar2 agik..
hm..panas lak aku posa hrni...smalam best sket...sejuk...tapi takpe..semua tu dugaan dan cabaran...hehehe kuatkan hati..dahla kak wan bawak jeruk dr penang...sedapnya...hahah kalo posa semua sedap....padahal aku bukan suka sangat jeruk...tapi kak wan best, siap pack kan lain untuk aku...semalam lg dia pesan...sedap2...hehehe
klah...malas la nak bercerita..lain kali ah...nak sambung keje...tamat sessi ngular untuk hr ni...daaaa

Subscribe to:
Posts (Atom)