Wednesday, May 31, 2006
aku yang terluka..
erm..esok lusa baik la tuh..tapi berdenyut2 lagi hrni...xleh aku gunakan semua jari untuk menaip..hehe..
erm..malam tadi susah mata nak lelap..dr petang lagi aku dah blurr...teringat kat arwah mak...aku sms along...semua nasihat dia aku dah buat before tu lg...puas aku pusing kiri kanan..terbayang semua kenangan..rindu...sarat aku rasa...aku kirimkan hadiah untuk mak ngan ayah..aku cuba untuk lelap tak boleh..menagis dan menangis..tu je yang mampu aku buat..harap aku akan lebih tabah...bukan tak redha tapi aku terlalu sedih...
Tuesday, May 30, 2006
mimpi semalam..
Amin Ya Rabbal A'lamin...Al-Fatihah....
Monday, May 29, 2006
weekend yang masih sedih..
sabtu pg tu potong kek untuk abg izuan..dia br baik demam..tunggu ayah long dorg sampai, semua cukup then long bacakan doa selamat & makan2..teringat majlis najwa & najma last month..masa tu meriah je sebab arwah ada lagi..kali ni sunyi..aku terkenang kenganan yg lepas...ya Allah kau tabahkanlah hatiku...
ptg bz ngan kenduri...sampai malam...Alhamdulillah semua selamat..
erm, smlm tgk MyTeam lawan Malaysia...erm, skill ada tapi main hampeh..mungkin lom serasi..kalau terus digilap InsyaAllah boleh lebih berjaya..tapi letih, banyak sangat masa kecederaan..adoi..tak cukup stamina kot..
td pagi g umah mak de kat shah alam..jumpa mak ngah..sessi nangis2 5 min..lepak2 jap pastu aku mintak diri nak p opis..awl lagi sebenarnya..tp aku dah sebak..sedih lak nengok mak ngah..
hm..semua nak sedih..camana la aku tak sedih...
Friday, May 26, 2006
Happy Birthday Abg Zuando...
erm..esok ada kenduri arwah untuk arwah mak...cam biasa..semua adik beradik balik kecuali rina..rina tengah exam skang ni..kesian dia..dah la jauh, exam, pastu terima berita yg begitu menyedihkan..aku harap adik aku sentiasa tabah..aku doakan dia berjaya..bulan 7 ni dia balik..
penat la..kemas2 opis..hrni opis aku pindah..skang dok cyber jaya lak..adoi, banyaknya barang..oklah nak sambung mengemas..hehe curik tulang jap type entry..hehehe
Thursday, May 25, 2006
genap seminggu...
di saat keluarga sibuk memandikan emak buat kali terakhir, dalam kesedihan yang teramat, aku bersyukur kerana ramai yang membantu..aku mandikan arwah bersama keluarga yang lain..wpun aku tak cukup kuat tapi aku tak mahu terlepas peluang yang terakhir memandikan emak tersayang..Subhanallah..kami pakaikan baju Arwah..aku redha dalam tangisan..pergilah, amanlah mak di sana..semua keluarga berkumpul, untuk memberikan ciuman terakhir..untuk melihat emak buat kali terakhir..takkan ku lupa wajah itu...
di saat Along memohon kemaafan bagi pihak mak daripada semua yang hadir...aku tenggelam dalam tangisan..aku bersyukur, selama hayat mak, jarang sekali dia menyakiti hati orang secara sengaja...aku bersyukur punya mak yang baik budi pekerti dan tingkah lakunya...
ku iringi Arwah sampai ke kubur..duduk bersama wan yang cukup tabah..aku tengok sendiri camana Arwah masuk dalam rumah sementaranya..Aku doakan rumanhya bercahaya..InsyaAllah..sebak bila mendengar Tok Imam membaca talkin...semoga Aman rohNya di sana..Amin...
terima kasih pada semua yang mendoakan..terima kasih pada yang menziarah..terima kasih pada semua yang memberi sokongan..terima kasih pada yang menghulurkan bantuan..terima kasih pada yang menyumbang...terima kasih segalanya..hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian, InsyaAllah..
"kan kutuskan salam ingatanku dalam doa kudusku sepanjang waktu...Ya Allah tabahkan hati hambaMu..di atas perpisahan ini.."
Tuesday, May 23, 2006
rindu...sedih..sabar...
erm, tadi pagi maman tanya aku ok ke..cam biasa aku senyum je..ok pada zahir tapi dalam hati Allah saja yang tau..perasaan sayang yang terlalu mendalam kadang2 buat aku tak kuat untuk menghadapi kenyataan..tapi dengan kesabaran aku yg ada aku cuba kawal emosi sebaik mungkin..aku tunjukkan kemanisan muka..senyum, gelak tawa aku sekadar penutup pada kesedihan yang aku alami..
pagi2 aku call kak njang, tanya pasal family..especially wan..aku sebak tengok wan..setitik air mata pun tak mengalir..aku terharu sangat tengok wan..tabahnya dia melihat tubuh anak sendiri terbaring kaku..wan langsung tak menangis..tapi riak sedih & duka memang jelas aku nampak kat mata dia..wan cuba untuk senyum..wan gelak cam biasa..tapi dalam hati wan sape yg tau..wan keras hati, taknak tunjukkan kesedihan dia..itu yg aku rasa..tak macam aku ngan adik beradik..mudah sangat airmata kami mengalir..
hm, aku rindu sangat2..aku selalu berdoa, hadirlah kedua ibu bapaku dalam setiap mimpi..cukup untuk aku tengok senyuman mereka sudah memadai..aku terlalu menyayangi keduanya..semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas mereka...Al-Fatihah...
Monday, May 22, 2006
Untuk Arwah Ayah dan Arwah Mak tersayang...
Smalam Along call kata Ma aku di Terengganu pun telah kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah untuk arwah Ma...semoga rohnya dicucuri rahmat..InsyaAllah...
Hm..dalam masa terdekat ni banyak berita kematian yang aku terima..dan aku sentiasa sabar dan tabah menghadapinya..InsyaAllah..aku sebenarnya agak terkejut dengan pemergian mak tersayang..dalam sekelip mata dia telah kembali kepadaNya..tapi walau apapun..aku redha dengan ketentuanNya, mungkin itu yang terbaik untuknya...
Teringat kenangan aku menjaga mak selama sebulan ni..aku puas hati walaupun mak telah pergi, sebab aku tak mensia-siakan masa yang aku ada selama ni..setiap kali cuti hujung minggu aku tido di hospital untuk menjaga mak..semua keperluan dan permintaan arwah Mak aku penuhi..dan aku harap arwah Mak puas hati dengan layanan yang aku berikan..aku sentiasa menyayangi kedua ibu bapaku walaupun mereka telah tiada..
oklah..aku takmo cite panjang2..aku dah tak larat nak sedih2 lagi..aku akan sentiasa ingat pesanan arwah ayah aku 9 tahun yang lepas..dan aku sentiasa akan ingat kata2 terakhir arwah mak seminggu yang lepas...aku akan sentiasa menyayangi mereka..InsyaAllah..Al-Fatihah..
Tuesday, May 16, 2006
Hari Belia Negara..Hari Guru...Hari Yg Diingati & Hari Melawat Opis baruku...
Hari ni lak Hari Guru...Selamat Hari Guru untuk semua cikgu2 & pensyarah aku...wpun dorg tak baca blog aku tapi aku wish la jugak...td aku wish kat en zad je..kat YM..hehehe semoga segala jasa dan pengorbanan mereka yang mendidik aku sentiasa diberkati..
hari ni genap 13thn arwah Atuk aku kembali ke Rahmatullah..Al-Fatihah, semoga roh atuk tersayang sentiasa dirahmati...Amin..
Hm..semput aku rasa..td g cyberjaya tgk opis baru..hm, nice...tapi aku takkan dok ctu coz aku tgh dev system utk intec...so selagi tak abis pojek intec aku tak pegi la sana..bagus gak kalau tak pegi..jauhnya perjalanan..kalau nak dekat terpaksa la memindahkan diri ke area yg lebih dekat...tgklah dulu camana...erm, pg jenguk opis baru dapat makan free..hehe cam biasa la, bos aku yg baik hati tu belanja makan, apa tah nama tempat tu..cam biasa la, Richard kalau belanja sure tempat mahal2..merasalah makan kat tempat2 cenggitu..nak harap duit sendiri tak dapek nak nolong...aku belum cukup kaya nak bazirkan duit kat ctu..tp memang cantik la tempat dia..aku rasa kalau buat garden wedding ceremony sure best..hehe sapelah nak kawin ngan aku kat ctu yek..kuikuikui..
oklah nak wat keje la..sambung keja pg tadi..xde mood nak cite panjang2..daaaaaaaa
Monday, May 15, 2006
Happy Mother's Day...
Medley Kasihnya Ibu
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya saudara masa berada
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakan besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Tiada harta jika tiada doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu
...kali pertama aku dengar lagu ni dinyanyikan medley oleh artis kesayangan aku..hati aku cukup tersentuh..semoga kita tidak lupa segala jasa dan pengorbanan ibu tercinta..doa buat ibu akan ku pohon sepanjan masa...
Thursday, May 11, 2006
takde cerita
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)". Surah Al-Imran.
Thursday, May 04, 2006
Aina Dayana...

MY BABY YOU
(Marc Anthony)
As I look into you eyes
I know the reasons why
My life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've known
And the purest one I'll own
Know you'll never be alone
My baby you
Are the reason I could fly
And 'cause of you
I don't have to wonder why
Baby you
There's no more just getting by
You're the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground
I will soothe you if you fall
I'll be right there if you call
You're my greatest love of all
Arianna I feel so alive
Wednesday, May 03, 2006
Kecantikan lelaki dah kegagahan wanita..
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW :
"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Wallahualam.
Tuesday, May 02, 2006
Biarlah Rahsia
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yg tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dgn kata yg menyesakkan
Takkan kubumu kebal
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yg masih panjang
Menambahkan berat yg memandang
Lantas kupendam
Kuputuskan biarlah rahsia
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
