Showing posts with label longing. Show all posts
Showing posts with label longing. Show all posts

Friday, December 02, 2011

longing again n again n again......

Mode harini adalah: Rindukan arwah mak n ayah...

Ya Allah rahmatilah kedua ibu bapaku...tempatkanlah mereka di kalangan orang2 yang beriman, di sisi orang2 yang engkau kasihi...kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketika kecil...lapangkanlah kubur mereka..terangilah kubur mereka Ya Allah..jauhkanlah mereka dari seksa kubur dan azab api neraka..peliharalah mereka Ya Allah...semoga setiap hadiah yang ku kirimkan sampai kepada mereka..hanya tinggal harapan dan doa yang boleh aku kirimkan buat dua insan yang aku sayangi..terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan mereka..walaupun kini tidak lagi bersama..ku mohon temukan aku dengan mereka satu hari nanti...sesungguhnya hati ini sangat menyayangi mereka..

Kata-kata hikmah harini adalah: (copy dr fb Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias)

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH..

Ia ibarat makanan, jika tidak disuap,manakan ia masuk ke mulut..


"semoga tahun baru memberi seribu makna dan sinar buat diriku, keluarga, sahabat serta seluruh umat Islam.."

Salam Maal Hijrah...permudahkan segala urusanku Ya Allah

Wednesday, July 27, 2011

Lagu Tema Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan yang mulia..hati terasa nak share lagu kegemaran arwah mak..hati sangat rindu..tajuk lagu ni Ramadhan..nak upload mp3 tak boleh plak..bila aku dengar suara penyanyi Orkes Sinar Murni ni..terbayang muka manis arwah mak menyanyi..mak na rindu sangat2...hati tak pernah lupa mengingatkan arwah mak yang sangat aku sayang..kalaulah mak masih ada sekarang...

ok dah layan hiba...semua kenangan arwah mak adalah benda yang paling manis kalau dikenang..semoga tenang roh kedua ibu bapaku di sana..terima kasih kerana dengan bait2 lagu/zanji yang mak n ayah selalu alunkan hati aku sentiasa memohon untuk dekat denganNya...semoga anak2 aku juga mewarisi apa yang kami terima..wpun iman tak dapat diwarisi ada benda2 yang perlu kita sebagai ibu bapa lakukan supaya anak2 dapat menjadi insan yang berguna..InsyaAllah...

ok layan senikata yang indah kat bawah ni...

Terdengar suara indah menawan
Irama khusyuk getaran iman
Membaca Quran wahyu dari Tuhan
Di malam bulan puasa Ramadhan

Indah jelita menawan hati
Lidah berkata Allahu Rabbi
Insankan hidup aman dan tenteram
Demi mulianya bulan Ramadhan

Terbayang indah di jiwa raga
Cahaya bulan purnama raya
Bagai di Syurga Malaikat berjaga
Dikawal bidadari semua sebaya

Dunia bersinar cahaya Ilahi
Allahuakbar bisikan hati
Insankan hidup aman dan tenteram
Demi mulianya bulan Ramadhan

Seluruh makhluk mengucap tasbih
Bumi dan langit turut merasa
Mengabdi pada Tuhan Maha Pengasih
Dengan mengerjakan sembahyang puasa

Umat berbakti tunduk mengabdi
Rukuk dan sujud memuja Ilahi
Insankan hidup aman dan tenteram
Demi mulianya bulan Ramadhan

p/s: salam Ramadah Al-Mubarak..semoga kita diberikan hidayah dan limpah rahmat di dalam bulan yang mulia ini..semoga Allah permudahkan segala urusan dan bukakan pintu hati kita untuk melakukan amal sebanyak mungkin..Amin Ya Rabb

Friday, July 08, 2011

HambaMu

layan lagu tema Imam Muda..

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

p/s: semoga dipermudahkan segalanya..Amin

Wednesday, July 06, 2011

KebesaranMu

sesi terapi hati..layan lagu ST12...

Kau tempat ku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milikMu
MencintaiMu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunanMu
Lihat di langit kesempurnaan hatiMu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allahuakbar Maha Besar
MencintaiMu begitu indah
Selalu kau berikan semua
KebesaranMu Tuhan

p/s: ada sesuatu yang tak terluah dek hati...hanya Dia yg mengetahui

Friday, April 08, 2011

update lagu rindu

huhu tgh tunggu hubby..otw katany stuck dalam jam...hm belek2 inbox..terpandang email semalam dr hubby...so sweet dah tua2 ni dapat lg lagu dr hubby..rindu setengah mati nyayian D Masiv...

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

ni semua terpengaruh dengan sinetron kejora dan bintang la ni..apapun lagu ni mmg tersangat la touching...aku dengar boleh naik bulu roma..& lagu ni buat aku sangat hiba, sebab teringat sangat kat arwah mak...arwah mak memang sentiasa dalam hati aku..Al-Fatihah..

& sekali lagi..tq to my hubby..last 4 month dapat lagu 'for the rest of my life' maher zain..tu sblm amin keluar...skang dah balik dr pantang pun still rindu-rinduan..semoga Allah panjangkan kasih sayang antara kami..Amin ya Allah..moga jangan ada benci..moga Allah kekalkan hubungan kasih sayang antara kami di samping anak2...semoga bahagia selamanya..

Friday, December 10, 2010

lagu arwah mak

4 rangkap senikata nyanyian Nada Murni yang boleh buat aku menangis tersedu2...sesungguhnya hati begitu rindu pada arwah mak..teringat alunan merdu suara arwah mak menyanyi bait2 senikata lagu Ibu Mithali...semoga roh arwah mak serta ayah dirahmatiNya..juga doa buat kedua ibu dan bapa mertua...kasihanilah mereka Ya Allah..Amin

ibu mithali ibu yang sejati
kasih sayangmu kasih yang suci
pengorbananmu di sanjung tinggi
jasamu tetap disanubari

ibu oh ibu
fitrahku murni
kelembutanmu menyentuh hati
semai kasihmu dalam jiwaku
kau disayangi kerana menyayangi

ibu oh ibu
hatimu suci
tulus ikhlasmu mendidik daku
sanggup bersusah dan menderita
demi kebahagiaan sekeluarga

ibu oh ibu
kau serikandi
bakti amalmu tidak terperi
beramal soleh berperibadi
mentaati Allah juga suami

ni lagu kedua..yang berjaya aku jumpa kat you tube dari orkes Sinar Murni

Ibu Mithali 3x
Ibu Mithali ibu sejati
Tunggak Pada Keluarga Bahagia

Kaulah pembimbing pendidik pengasuh
Sifatmu penyayang pengasih

Ibu Mithali ibu sejati
Tunggak pada keluarga Bahagia

Syurga dibawah tapak kaki ibu
Setia kami kepada mu

Ummul mukminin 2x
Contohilah semua para ibu

Kau contohi takwa
Kau contohi sabar
Kau contohi semua
Dari ibu ibu mithali
Ibu Mithali ibu sejati
Tunggak pada keluarga bahagia

Kaulah pembimbing pendidik pengasuh
Sifatmu penyayang pengasih
Ummul mukminin 2x
Contohilah semua para ibu

Kau contohi takwa
Kau contohi sabar
Kau contohi semua
Dari ibu ibu mithali

Ibu Mithali ibu sejati
Tunggak pada keluarga bahagia

Kaulah pembimbing pendidik pengasuh
Sifatmu penyayang pengasih

Ibu Mithali 3x

Nota: sayangilah ibu bapa walaupun mereka telah tiada..semoga bila kita tiada suatu hari nanti anak2 kita akan menyayangi kita juga...InsyaAllah...

Wednesday, May 19, 2010

update 18 Mei 2010

semalam...18 Mei 2010..genap 4 tahun arwah mak pergi..masih jelas terbayang muka bersih & riang arwah mak saat jenazah dikafankan...

semoga tenang arwah di sana..hati rasa sungguh rindu...semoga berjumpa kelak..InsyaAllah..

Al-Fatihah untuk arwah ibuku Allahyarhamah Hjh. Suri bt Hj Idris

Wednesday, June 24, 2009

move move move

minggu ini...sangat bz...plan to close 3 sub module & preview prototype for 1 module besar...x tercapai dek akal rasanya...tgklah, apa yang boleh jadi kenyataan...apa pun terjadi kena move..masa dah suntuk..huhuhu...suntuk2 pun sempat lagi update pagi ni...hehe

lama x jengah..since dah datang awl ni, aku jenguk2 blog & teringin lak nak update...hm, kehidupan aku cam biasa...rutin yang bermula 5 bulan lepas..jadi warga Kuantan..supposely project sini end by 2nd July..tapi last meeting bos dah announce utk xstand for 1 & half month..maksudnya, aku & ajeem akan xstand jadi warga kuantan untuk jangka masa tu..x sabarnya nak balik rumah...dah x larat rasa duduk cam budak asrama...

5 bulan ni rutin aku...
isnin - khamis, keja cam biasa...semua aku hadapi ngan ajeem...
jumaat - ahad, hari keluarga...x penah miss jumpa hubby walaupun seminggu...samada aku yang balik KL or hubby yang turun kuantan..tapi kebanyakannya hubby yang akan turun kuantan..thanks to hubby yang sanggup berkorban..

cepatlah masa berlalu...semoga Allah permudahkan setiap urusanku...misi aku sekarang..siapkan module2 tu & deliver secepat mungkin...xmo ajeem jauh2 ngan ayah lagi....

Friday, May 22, 2009

22 May 2009

12 tahun yang lalu...

22 May 1997
Ingat lagi...harini Khamis, cuaca cerah..tapi aku tak pg sekolah...tengah malam tu Ayah sakit, so pagi tu rasa cam nak jaga dia kat rumah...lagipun kat sekolah xde belajar, ada sambutan hari Guru..rasa terkilan x dapat join kawan2 perform lakonan..tapi xper, aku lagi suka duduk rumah..mak pun x keje harini...

Dalam pukul 10 ayah mintak milo, nak minum...aku buatkan milo & suapkan ayah roti cecah milo...xper katanya, biar dia suap sendiri..berselera tengok dia makan roti..baru naik selera agaknya...kat rumah tgl aku, mak & kak njang...abang cik pegi bandar, uruskan pinjaman pelajaran dia, yelah nak pegi sambung belajar ke Mesir..kak de pulak, warded...dah cukup bulan...suspect darah tinggi...

Hari berlalu cam biasa, ayah nampak sihat..Alhamdulillah..sblm ni asyik x sihat je..harini semua org cam happy...happy tengok ayah dah sihat...petang lepas Asar, ada 2/3 org jiran datang nak ziarah ayah..yelah dengar ayah x sihat dorg dtg la...tengok org ramai aku menjauh, buat apa2 yang patut...yang paling aku ingat tengah lipat2 kain ngan kak njang..mak panggil..ambik air semayang & baca Yassin katanya..ayah sakit semula...

Tgh khusyuk baca, dengar pakcik sebelah sebut, Innalillahiwainnailaihirujiun...hm, cam x percaya...baru aku perasan yang mak pangku kepala ayah...maka, bermulalah episod anak yatim bg diriku dan adik2...perasaan memang sangat sedih...apapun, kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah...semoga roh arwah ayah dan mak sentiasa dicucuri rahmat, semoga Allah jauhkan seksa kubur kepada mereka, diterangi kubur mereka...semoga Aman di sana...Amin...

--hai ibu bapa kami permata anda, tidak jemu berdoa..agar sejahtera terpelihara..InsyaAllah...

Monday, May 18, 2009

18 May 2009

Harini genap 3 tahun pemergian arwah mak tersayang..semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ibubapaku) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Isra’, ayat 24]

Amin..

Friday, January 09, 2009

opick - satu rindu

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu Oh ibu

Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Bererti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau ibu oh ibu kau ibu
oh ibu oh ibu

Hujan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau ibu kau ibu kau ibu

--miss 'mak' so much....