Mode harini adalah: Rindukan arwah mak n ayah...
Ya Allah rahmatilah kedua ibu bapaku...tempatkanlah mereka di kalangan orang2 yang beriman, di sisi orang2 yang engkau kasihi...kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihiku ketika kecil...lapangkanlah kubur mereka..terangilah kubur mereka Ya Allah..jauhkanlah mereka dari seksa kubur dan azab api neraka..peliharalah mereka Ya Allah...semoga setiap hadiah yang ku kirimkan sampai kepada mereka..hanya tinggal harapan dan doa yang boleh aku kirimkan buat dua insan yang aku sayangi..terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan mereka..walaupun kini tidak lagi bersama..ku mohon temukan aku dengan mereka satu hari nanti...sesungguhnya hati ini sangat menyayangi mereka..
Kata-kata hikmah harini adalah: (copy dr fb Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias)
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH..
Ia ibarat makanan, jika tidak disuap,manakan ia masuk ke mulut..
"semoga tahun baru memberi seribu makna dan sinar buat diriku, keluarga, sahabat serta seluruh umat Islam.."
Salam Maal Hijrah...permudahkan segala urusanku Ya Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment