Lately ni rasa penat sangat..weekdays penat ngan keje...wpun keje aku duduk & tak banyak jalan tapi penat gak..penat otak...hahaha...ke aku yg kurang stamina...sikit2 nak penat...erm, kalau weekend lak penat ngan aktiviti hujung minggu lak..ke sana sini...semua benda nak kena buat sendiri...nak buat camana..sape lagi yang aku nak harapkan...xkan nak susahkan org lain untuk urusan aku...so aku kena pandai2 & tahu diri dalam menjalani kehidupan...semua kena arrange & lakukan sendiri...bila aku perlukan pandangan je aku akan tanya family...mujur aku juga punya "dia" yang sentiasa menyokong dan memberi semangat pada aku...ke mana saja dia sudi menemani aku...thanks to him...terlalu banyak dorongan, semangat dan bantuan yang telah dihulurkan selama mana aku mengenalinya...dia sentiasa hadir di saat susah dan senang...itu lah yang membuatkan arwah mak rela lepaskan anak dia ni kot..
Hm..dalam penat2 & terkejar2 ni ingatan aku x penah lupakan arwah mak ngan ayah...last 2 days aku mimpikan mak ngan ayah...suka...jumpa dalam mimpi..org kata mimpi mainan tdo...mungkin sebab aku terlalu rindukan mereka..hati sentiasa terkenang...semoga mereka aman di sana...td pagi rina call...dia kata dia dah pegi kubur arwah...kesian adik aku...hrtu dia cakap ngan aku..."tak sangka balik2 dapat tengok kubur mak je..rasa macam mimpi semua ni"...sedihnya aku tengok muka dia...itulah ketentuannya...
teringat satu baris nasyid.."umur ini tertentu..x dapat di sambung..itu iradat Tuhan..dialah yang menentukan"...Macam dalam kes arwah mak ni...aku dapat rasakan yang semangat dia yang untuk meneruskan sisa-sisa hidup adalah kerana 2 benda..sebab 2 benda itulah yang selalu di sebut2 sepanjang aku menjaga dia kat hospital...dia rasa dia kuat untuk melihat semuanya menjadi kenyataan suatu hari nanti...tapi apakan daya..Allah terlebih dahulu menjemputnya dan kami redha dengan ketentuanNya...semoga tenang mereka di sana..Amin..& kami sebagai anak akan sentiasa memelihara segala amanah dan pesanan mereka...InsyaAllah...
hm...weekend ni nak balik...semalam ada member aku cakap...dia pun nak balik..bestnya balik dia kata...nanti mak dia masak makanan yg best2 untuk dia...& aku terkenang segalanya...kalau dulu balik aku disambut dengan senyuman tapi sekarang hanya kenangan yang tinggal...takpelah..hidup x selalunya indah..yang indah adalah kenangan....ada satu lirik yang aku nak share yg boleh menyentuh kalbu aku...
Ke Makam Bonda
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Tiada lagi lalang memanjang
Air mawar kami siramkan
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

No comments:
Post a Comment