Dengan nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi
dan silih pergantian malam dan siang
Terdapat tanda-tanda bagi orang2 yang berakal
Iaitu mereka2 yg mengingati Allah
Sambil berdiri dan duduk
Dan dalam keadaan berbaring
Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
Seraya berkata
“Ya Tuhan kami…tidaklah engkau menciptakan ini dengan sia2
Maka peliharalah kami dari siksaan api neraka”
Dari aku segumpal darah yg bernama Alaqah
Dari aku segumpal daging yg bernama Murdrah
Dikumpulkan kami di dalam rahim ibu
Kemudian diutuskan Malaikat kepadamu
Lalu ditiupkan Roh ke dalam jasadmu
Wahai Malaikat tulis...
Tulis...rezekinya, ajalnya dan amalannya
Apakan hujung hayatnya mati usul khotimah
Apakah hujung hayatnya mati suul khotimah
jaraknya dengan amalanmu yg baik
Sesengguhnya neraka itu sehasta sahaja
jaraknya dengan amalanmu yang jahat
“Tuhanku aku bukanlah layak untuk syurgamu
Tetapi aku tidak pula kuat menanggung siksa nerakamu
Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku
Ampunkan dosaku”
Kemudian lahirlah makluk ini
Kemudian lahirlah Hamba Allah ini
Kemudian lahirlah Khalifah Allah di muka bumi ini
Kemudian lahirlah aku makluk Allah yang bernama manusia
"Kenapa engkau menangis anak?"
Demikian tiap manusia yang dilahirkan
Tidak terlepas dari kutukan syaitan terkutuk
Demikian manusia kembali kepada Allah bersama tangisan

No comments:
Post a Comment