“Dan Tuhanmu telah menetapkan janganlah kamu menyembah selain Allah dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa... dan janganlah kami katakan kepada kedua-dua mereka perkataan ‘ah’.” (al-Israk: 23)
erm..aku rindukan mak aku..nak balik kg hari ni..mak aku tak sihat lagi..kesian betul mak aku tu.banyak betul dugaan..dari dulu dialah yang bersusah payah membesarkan ktorg & menanggung makan minum ktorg,pesekolahan ktorg..pasal arwah ayah aku sakit..berat betul dugaan yang mak ngan arwah ayah aku tanggung..tapi dalam pada tu Alhamdulillah aku bersyukur sebab akhirnya anak2 dorg membesar dengan kejayaan..wpun arwah ayah dah takde..aku tetap selalu ingatkan die dan selalu mendoakan die..Al-Fatihah..sebagai seorang anak aku sedar yang tanpa dorg siapalah aku dan adik beradik yang lain..ayah aku baik..baik sangat..tapi tulah dugaan die..aku rela dia pergi kalau mengenangkan kesakitan die yang tak berkesudahan tu..semoga Allah menempatkan roh arwah ayah di sisi orang2 yang beriman..InsyaAllah..
tulah aku sedih bila baca kisah anak2 yg tak tau nak menghargai dan membalas jasa parents dorg ni..aku tak kata aku baik sebaik-baiknya..tapi aku selalu berfikir dan berdoa supaya aku menjadi anak yang solehah..anak yang berbakti kepada ibu..berbakti kepada ayah wpun die dah takde..aku harap Allah sentiasa bukakan pintu hati aku untuk terus berbakti selagi ada hayat aku..tapi kadang2 sebagai anak2 ni..walaupun kita rasa apa yang kita buat tu betul..sebenarnya dalam tak sedar kita dah melukakan hati dorg..aku tak tau la kalau ada org yang tak pernah melukakan hati mak ayah..cuma bezanya cara dan macamana perilaku kita yang melukakan..aku harap mak ayah aku ampunkan dosa2 aku yang sengaja dan tak sengaja aku lakukan pada dorg..aku rasa setakat ni aku tak penah nak membangkan cakap mak aku..membangkang sehingga benar2 melukakan hati dia..
aku selalu terfikir dan aku penah cakap sama maman..aku terkenang macam mana susahnya mak aku cari duit nak menyara aku belajar..masa tu acik kat oversea lagi..aku br nak ambik degree, rina ngan adik sek menengah..bukan sikit duit nak pakai..kalau nak ikutkan bape sangatlah gaji mak aku..campur2 ngan upah mengajar Al-Quran campur duit sayur2..campur duit kebun..klu nak dikirakan mana mak nak dapat duit sedebup nak sara semua anak2..tapi dia tak penah biarkan anak2 dia kering..wpun macam tu aku tak penah rasa takde duit..x penah pun duit aku tinggal rm2 macam orang2 lain..duit aku still cukup sampai hujung bulan dan bulan2 seterusnya mak aku tak penah miss kasi..begitu juga adik2 aku yg lain..betapa mak aku takut anak2 die tak cukup makan..tak cukup pakai..Aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi..
dan bila anak2 dah berjaya dan ada yg dah bekerja..ada nampak jalan lain untuk adik2 aku..mak aku pulak sakit..aku tak tau kat mana silapnya..dah jenuh pegi berubat..dah jenuh bawak jumpa doktor..tapi apa penawar die..mak..kuatnya dugaan yang mak kena hadapi..aku harap mak aku akan sentiasa tabah..sebagai anak aku akan sentiasa memberi semangat, dorongan dan bantuan..aku harap semoga mak aku akan sihat seperti sediakala..aku nak mak aku hidup gembira dan ceria di samping anak2 die..aku nak mak aku berehat..aku taknak tengok mak aku bekerja kuat lagi..kalau boleh aku nak bagi mak aku lebih dari apa yang aku dapat..tapi tak mungkin aku boleh..sebab pengorbanan mak aku terlalu besar..dr mak melahirkan hingga sekarang..cukuplah kalau mak aku rasa bahagia dan gembira dengan apa yang aku buat..aku harap aku akan jadi anak mak yang sentiasa disayangi..aku sentiasa harapkan dorongan dan restu mak aku dalam aku menempuh kehidupan di hari2 mendatang..
aku sayang sangat mak aku..i miss u mom..semoga Allah mengembalikan nikmat sihat yang Dia berikan kepada mak aku suatu ketika dulu..Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment