hm..smalam aku rasa sedih..yelah malam tu aku g umah lama aku...kat parking bawah tu jumpa lock, baby, anum, abg li, erin & the gang..rupa2nya dorg baru balik..dorg convoi ramai2 pi rumah arwah Guseng..erm terkilan lak aku tak pegi..dorg kata sepatutnya ramai yg nak g tapi takde transport..aku tanya maman nape tak bitau aku nak pegi..rupa2nya maman pun tak tau yg bebudak ni nak pegi..nak buat camana takde rezeki nak jumpa arwah..
erm..masing2 balik muka pucat, mata bengkak...mana taknya, baby kata semua org yang dtg menangis...alahai sedihnya aku dengar cite dorg...semoga roh Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh..
bila aku balik umah aku fikir2kan balik..buat aku rasa diri ni terlalu kerdil dan kecil...aku manusia biasa yang tak punya apa2 dan tak melengkapkan diri aku untuk bekalan di sana..andai kata aku dijemput awal macam Arwah..cukup ke segala amalan aku sebagai bekalan..andai aku dijemput, ada ke insan2 yang akan datang melawat aku, mendoakan kebahagiaan aku, mengingati aku..oh Tuhan..terlalu berat dan terlalu banyak persoalan bermain di kepala..InysaAllah aku akan cuba perbaiki kelemahan diri..semoga Allah kuatkan Iman di dada...semoga Allah redhai perjalanan hidupku..semoga Allah menerima segala amalanku..semoga Allah melorong aku ke jalan yang baik dan menjauhi diriku daripada jalan2 yang dilarang..Amin ya Rabbal 'Alamin....
Teringat aku akan lagu yang aku selalu nyanyikan...
Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil
jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan mengigil
sekujur badan nan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Datang masanya insaflah diri
selimut putih pembalut
tinggal semua yang dikasihi
berbaktilah hidup sepajang zaman
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau di gelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
sebelum masa keranda di usung
***teringat detik2 sedih yang aku alami...Al-Fatihah untuk RasulAllah saw..para sahabat..keluarga dan rakan2 yang dikasihi...paling diingati Arwah Ayah tercinta dan Arwah Kak Ngah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment