hmm...so many things happen..and i will always be a strong woman to face it..sesungguhnya segala yang berlaku ada rahmat dan hikmah..semoga semua tabah dalam mengharunginya...suka duka merupakan asam garam kehidupan..sedih dah gembira adalah lumrah..semua ketentuanNya dan aku sentiasa berdoa semoga Allah menjadikan aku hamba yang tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaanNya...
takde apa nak diceritakan..cuma ingin menyampaikan rasa hati dr lagu yang sentiasa buat air mata aku mengalir...lagu yang cukup kena untuk mak tersayang...I will always love her..
Duhai Bonda
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun memberikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment