Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru

Salam Maal Hijrah 1430M...Selamat Tahun Baru 2009..semoga perjalanan hidup di tahun baru akan lebih baik, diberkati Allah, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dan dirahmati Allah...Amin...

tahun baru lembaran baru pun bermula..umur semakin meningkat...hihihi, rasa2 baru lagi abis SPM...hehe leh lak camtu ek..anak dah sorg...semoga azam tahun baru akan tercapai...ada gak azam tahun lepas yg aku carry forward...hehe nak buat camana kalau dah tak mampu nak tercapai...takpe tahun baru ni InsyaAllah...

menjelang 2009 aku gembira kerana lebih 3/4 dari apa yang aku harapkan pada tahun 2008 menjadi kenyataan...berkat doa dan usaha, serta jalan yang dibukakan olehNya, aku sungguh bersyukur...hidup di samping hubby, dan anak yang sangat comel bg aku, membuatkan aku rasa sangat bersyukur atas kurniaanNya..semoga kebahagiaan dan kegembiraan ini sentiasa berkekalan, Amin Ya Allah...

untuk Hubby, terima kasih atas kasih sayang dan perhatian yang sentiasa diberikan buat kami sekeluarga...semoga Hubby dimurahkan rezeki, sentiasa sihat, ingat Allah, dan ingat keluarga selalu..terima kasih kerana menjadi seorang suami yang sangat baik dan memahami dalam apa jua keadaan...i love you so much...

untuk Azim, Ummi doakan semoga Azim akan membesar menjadi anak yang berguna...semoga Azim menjadi orang yang bijak...semoga Azim menjadi hamba yang taat pada Allah...semoga Azim menjadi anak yang patuh kepada Ummi dan Ayah..InsyaAllah...semoga Azim dikurniakan rezeki yang melimpah ruah...semoga Azim dikurniakan kesihatan yang baik...semoga segala-galanya baik buat Azim....

x lupa juga congrats tuk kawan-kawan dan saudara mara yang dah berkahwin, yang baru dapat bb, yang betunang, yang pregnant...semoga Allah merahmati kalian semua...

semoga hari ini lebih baik dari hari yang akan datang.......

No comments: