smalam aku mimpi...jumpa arwah mak, jumpa arwah wan...aku x pernah mimpikan kedua-dua arwah serentak...rindunya...dah setahun x jumpa arwah wan...arwah mak pun dah pergi hampir 3 tahun...hm...pemergian yang tak mungkin ada pengganti...
camana ni..mood sedih..perasaan rindu pada orang yang dah tak ada memang susah nak digambarkan...aku kadang2 rasa sangat terkilan, kenapa begitu singkat masa untuk aku bermanja dengan kedua ibu bapa....rasa sayu, rasa rindu memang selalu aku alami..bila tengok orang lain yang masih punya ibu bapa, aku rasa sebak...selalu aku terlepas cakap 'alangkah seronok kalau masa2 camni arwah mak ngan ayah ada'...rindunyaaaaaaaaaaaa....................
cuti Krismas ni genaplah setahun pemergian arwah wan...cite pasal arwah wan macam biasa, ada satu rasa yang x dapat aku nak lontarkan...teringat saat pemergian wan...syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan aku pelung bersama-sama wan di saat2 akhir kehidupan dia...syukur kerana beri kesempatan wan menjaga makan minum aku selama aku berpantang...syukur kerana Engkau berikan wan kesempatan melihat zuriat aku...syukur kerana bagi aku Allah perkenankan permintaan arwah wan selama dia hidup...teringat bila aku tanya wan, 'Wan biasa sembahyang Tahajjud mintak apa'...selamba dia jawab...'Wan taknak susahkan anak cucu, wan mintak supaya wan pergi dengan senang, x mau susahkan orang'...semoga roh wan dirahmati Allah...Amin...
Bagi aku, wan tempat aku mengadu, & mencurah kasih sayang pada setelah mak pergi...walaupun masa pemergiaan arwah mak wan nampak sangat tabah, tapi sinar mata wan suram pada hari2 selepasnya..kata Acik, dia selalu nampak arwah wan lipat2 kain peninggalan Arwah mak...bila Acik tunjukkan kain tu, luruh air mata aku..sebak hanya Tuhan yang tahu...sebagai seorang ibu mesti wan mengharapkan doa dr anak2 setelah dia pergi, tapi untuk situasi ni, ibu pulak yang mendoakan kesejahteraan anak 'disana'..semoga roh kedua ibu bapa dan datuk nenekku dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin...
kuharapkan..aku dapat mendidik dan mengajar Fauzul Azim menjadi hamba Allah yang sentiasa mengingati kedua ibu bapanya...sentiasa mendokan kesejahteraan roh datuk neneknya...kesian Azim, takde datuk dan nenek untuk bermanja...tapi inilah takdir sebuah kehidupan..semoga Allah panjangkan umur aku dan suami untuk menjaga dan mendidik anak kami...sekurang2nya sehingga dia tahu, kenapa sebagai seorang anak dia perlu mentaati, menghormati dan mendoakan kedua ibu bapanya...
untuk mereka yang masih punya ibu bapa...hayati lagu ni....lagu yang begitu mendalam ertinya buat aku...
Kenangi ibu bapa
Doakanlah sejahtera
Kita anak harus membela
Apabila sudah dewasa
Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka
Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta
Hai ibu bapa
kami permata anda
tidak jemu berdoa
agar sejahtera terpelihara
Di dunia bahagia
Akhiratpun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa
Bahgiakan mereka
Hingga ke hujung usia
Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta
Hai ibu bapa
kami permata anda
tidak jemu berdoa
agar sejahtera terpelihara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment