sedih..hati ni teringat2 kat arwah mak ayah..rindunya..skang ni aku punya doa telah aku panjangkan kepada arwah mak & ayah mertua juga..hm, dapat pasangan sama2 yatim piatu..semoga kami tabah menghadapinya...
tulah ada yg menitiskan air mata pada hari perkahwinan kami bila mengenangkan kedudukan kami..aku, betapa tabahnya fizikal aku tunjukkan..dalam hati hanya Allah yang tau..apapun aku bersyukur..dengan berkat didikan mereka lah kami berjaya hingga ke tahap ini...Alhamdulillah, terima kasih kepada mereka...semoga kami juga berjaya di sana nanti..hanya kenangan dan ingatan yang sentiasa mendekatkan kami kepada mereka..
hm, hari ni ayah Saiful, ayah officemate aku kembali ke Rahmatullah...Al-Fatihah, semoga roh beliau dicucuri rahmat, Amin...pagi khamis...sama hari ngan arwah mak..."Mak..na rindu sangat2"...lagu yg aku pos kat previous entry tu memang buat aku tersangat2 rindu kat mak..aduh hati, tak penah hilang ingatan aku kepada mereka berdua...buat mak & ayah mertua, wpun x sempat bersua muka, dan tiada kenangan, InsyaAllah...hati ini akan sentiasa mengingati dan berterima kasih kerana telah mendidik suami aku menjadi insan bai hati & berjaya...
sedih, esok pagi adik aku dah nak terbang balik ke Mesir...tunaikan lah impian arwah mak & ayah wahai adikku...klu dulu aku pernah menyahut tuntutan arwah ayah untuk melihat anak perempuan dia berjaya hingga menara gading...sekarang ni masanya untuk adik aku pula menunaikan impian arwah mak, untuk melihat adik aku pulang membawa Ijazah dr seberang laut...InsyaAllah, semoga adikku terus berusaha dan berjaya...
semoga Allah merahmati segalanya...thanks for everything..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment