Friday, January 09, 2009

aku menjawab yang perlu menjawab persoalan...

aku telah di tag oleh miss rerama ... tengoklah apa dia dah suruh aku buat...hua hua hua

tag ini bertajuk, 16 perkara rawak.

syarat dan peraturannya adalah;

1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

maka...inilah dia jawapan kepada persoalan itu...

1. Perkara yang sentiasa berada dalam fikiran aku adalah orang2 yang aku paling sayang dalam dunia...my dearest hubby and my lovely baby Fauzul Azim...

2. Aku sentiasa rindukan Arwah Mak, Arwah Ayah dan Arwah Wan...Al-Fatihah

3. Aku seorang yang sentiasa rindukan kampung halaman...kalau boleh every weekend nak balik kg...huhuhu tapi mana leh,, kopak la pak encik aku...so aku akan pastikan yang aku akan call family kat kg seminggu 2/3 kali...hehe hubby dah masak ngan perangai aku...

4. Aku seorang yang boros, suka berbelanja...dalam masa yang sama aku jugak seorang yang pandai simpan duit..hehe ada je tempat2 tersorok yang aku boleh korek duit yg aku lipat2 time terdesak...inilah yang dinamakan 'skill setelah menjadi mak'...hehe..

5. Tabiat aku adalah suka membebel dan suka menyanyi waktu buat keje...aku paling suka menyayi waktu memasak, basuh pinggan, mandi & memberus...huhu warisan dr nenek & mak ayah aku la ni..satu family aku suka membebel & menyayi..skang dah turun kat anak lak..huhu hubby gak tetap cool...

6. Impian aku nak menjadi seorang peniaga...hm nak jual apa ek..tapi proposal selalu kena reject by hubby...tolonglah aku dah penat nak pikir coding2 ni..semak otak...

7. Aku paling senang untuk tidur..dulu2 hubby selalu pelik sbb tengah menyayi, membebel2 aku tiba2 diam..huhu aku dah berjaya tdo..sambung bebel & nyanyi dalam mimpi jelah...skang ni kalau penat sangat or malam x cukup tdo...aku boleh je lelap depan notebook...kena la cr nescafe kow satu....

8. Aku sangat mudah tersentuh...hati cepat nak menangis...banyak perkara yang boleh membuatkan aku tersentuh, terutamanya perkara-perkara yang melibatkan kekeluargaan....kata hubby aku cengeng...

9. Aku sangat suka makan ayam...kalau nampak ayam KFC aku selalu xleh tahan hati...hehe...kat umah akan sentiasa ada stok ayam...hehe...

10. Aku rasa sunyi kalau satu hari aku x kacau orang..hehe mintak maaf ye kawan2 kat opis kalau ada gurauan yang menyakitkan hati kalian...sbnrnya dengar usik2 & gelak tawa tu aku boleh hilangkan stress..

11. Aku dah beberapa kali plan nak tukar kerja & dah berjaya dapat kerja baru...tapi setiap kali dapat offer baru aku akan tolak...nape ye..aku sayang sangat kot keje sini..tawaran hebat depan mata aku tolak...hm, deep down sbnrnya aku sayangkan company aku yang sangat fleksibel untuk ibu2 yang punya anak kecil seperti aku...tulah dah jadi isteri dan mak budak ni kena la fikirkan semua tu..xleh fikirkan nak gaji lebih banyak je...

12. Aku sangat takut gemuk..tapi sekarang dah semakin montel camana ni..aku tetap akan berusaha untuk merampingkan diri...caiyok caiyok...

13. Hubby kata aku kuat merajuk and kuat jelous...hehe cemburu tanda sayang...i love u so much hubby...

14. Nama aku punya 6 huruf sahaja...tapi orang2 persekitaran telah memanggil aku dengan 7 panggilan yang berbeza..cmana tuh...erm ni x termasuk panggilan manja dr hubby & arwah wan lagi..hihihi

15. Aku suka semua warna..kalau boleh aku nak pakai baju dari semua warna...hehehe...ni alasan untuk beli baju & tudung baru lagi...kasi hubby geleng kepala lagi...hihihihi

16. Impian aku, semoga Allah kabulkan doa aku untuk menjadi anak& isteri yang solehah...semoga azim menjadi insan yang berguna, semoga hubby sentiasa menyayangi kami sekeluarga..semoga Allah kurniakan kebaikan kepada hidup kami sekeluarga, dunia dan Akhirat...

Sekian sahaja semoga jawapan2 yang diberikan membuatkan miss rerama berpuas hati..sorry la ye lambat reply coz lama x masuk blog miss rerama...bz lah...erm yang menjadi persoalan, betul ke aku yg miss rerama telah maksudkan...huhuhu...apa2 lah kan...

jadik...ini adalah list org yang dihasut..harap2 hasutan berjaya...x cukup 16 pun...x sempat nak pk sape...hihihi

Calon2nya:
1. Liza
2. Atie
3. Nana
4. Abah Muizz
5. Chinchilla

2 comments:

reramarama said...

huahuahu... mmg tak syak lageh! kak sue lah yang dimaksudkan ituh! :) :)

Abah Mui'zz said...

Aduihh, tak perasan kena tag ngan Sue. Sori Sue, akan abah jawab nanti insyaAllah. :-)

Sayang kat Fauzul Azim.