Friday, December 22, 2006

perasaanku tentang perasaanku

Aduh manalah user aku ni..konon mintak kul 8.30 pagi aku mintak kul 9.00…ni aku dok tercongok menunggu dorg ni dr td x ada pun..klu kul 8.30 aku xtau la…haih, bosan tol aku mennggu org ni…

Hm kejap je kan dah Jumaat hrni…1 Zulhijjah...next week Hari Raya Qorban…bila la aku nak berkorban ni…InsyaAllah klu ada rezeki nanti aku nak buat wpun sekali dalam seumur hidup…Last year ktorg koban keluarga kat umah wan muda…masa tu semua ada..seronok…dan yang paling penting…arwah mak sihat lagi masa tu…terbayang seraut wajah lembut mak…rindunya…………

Hrni genap 7 bulan 4 hari arwah mak pegi…kejap jek…rasanya baru je semua tu berlalu…smalam aku rasa sedih sangat…aku, hubby ngan adik pie, duduk berdoa supaya ibu bapa kami ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman…InsyaAllah…Amin….

Hm hati aku ni x lepas dr mengenang kenangan manis antara aku ngan mak ayah…sape yang x sayangkan mak ayah kan…ingatan2 inilah yang buat aku rasa dekat dengan mereka dan aku sentiasa terpanggil untuk sentiasa membahagiakan mereka…aku yakin, dan aku harap semoga Allah sentiasa menerima doaku yang satu ini..kerana bagi ku, kebahagiaan mereka di sana amatlah penting…sebagai membalas jasa mereka mendidik dan membesarkan aku serta adik beradik yang lain…x ternilai jasa itu….

Eh cite sedih lagi..hahaha…abislah pagi2 dah buat org sedih..ahaha……….hm, bukan apa, sekadar mengingati diri sendiri dan org lain….hehe..oklah, user aku dah mai…aku call baru nak dtg…lupa katanya..sabar jelah aku…lain kali ah..new entry, no sadness…hehe..apapun…aku sangat gembira dengan kehidupan yang aku lalu sekarang with my lovely hubby…I love u dear...hehehe..

No comments: